TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Fahmi sahkan laman web Caghi.com disekat sejak 2022

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Laman web Caghi.com yang didakwa mendedahkan data peribadi rakyat Malaysia sebenarnya telah disekat sejak Jun 2022.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sekatan berkenaan dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Untuk maklumat lebih terperinci dan terkini, boleh rujuk kepada pihak MCMC. Tetapi memang saya boleh sahkan laman web tersebut telah disekat sejak Jun 2022,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, Rabu.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang pengguna mendakwa maklumat peribadi rakyat Malaysia bocor melalui laman itu.

Antara data yang didedahkan termasuk nombor kad pengenalan, alamat rumah, nombor telefon, rekod kenderaan, maklumat perbankan, serta informasi perniagaan.

Lebih membimbangkan, laman berkenaan turut dikatakan memaparkan nombor pengesahan kad (CVV) tiga digit di belakang kad debit atau kredit yang boleh diakses secara terbuka. - Media Telus

+ - reset