TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Zambry ingatkan jangan politikkan isu pelajar cemerlang

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 10 Sept. – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan isu berkaitan seorang pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang gagal mendapat tempat di universiti awam.

Beliau bimbang polemik berterusan akan menjejaskan emosi pelajar tersebut.

“Ini soal anak-anak yang mahu melanjutkan pelajaran. Jangan jadikan ia isu politik. Kalau ada masalah, kita ada proses rayuan,” katanya selepas menghadiri Program Karisma Antarabangsa: Kenegaraan Malaysia Madani di sini, hari ini.

Zambry menegaskan kementeriannya terbuka meneliti sebarang kekurangan atau kesilapan teknikal dalam proses kemasukan, namun menolak tuduhan bahawa sistem sedia ada rosak.

“Sistem ini sudah lama dilaksanakan dan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya. - Media Telus

+ - reset