Berita Berita
SPR nafi poster tarikh PRN Sabah, sahkan maklumat palsu

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menegaskan poster yang memaparkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang tular di media sosial adalah palsu.
Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, sehingga kini tiada pengumuman rasmi dibuat berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah atau penetapan tarikh PRN berkenaan.
“Maklumat rasmi mengenai pilihan raya hanya akan diumumkan melalui saluran rasmi SPR iaitu portal rasmi, sidang media dan kenyataan media,” katanya dalam kenyataan, Rabu.
Beliau turut menegaskan, penyebaran maklumat palsu boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat, malah individu yang menyebarkan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta peruntukan lain yang berkaitan.
SPR menyeru orang ramai supaya berhati-hati dan mendapatkan maklumat sahih hanya daripada sumber rasmi. - Media Telus
Berita berkaitan
September 10, 2025, 9:57 pm
'Si mati dipercayai sudah meninggal dunia seminggu lalu' - Polis cari waris mayat wanita mereput ditemui di KLIA
September 10, 2025, 9:18 pm
Calon SPM maut dalam nahas 4 kenderaan di Kulai
September 10, 2025, 8:13 pm
Zambry ingatkan jangan politikkan isu pelajar cemerlang
September 10, 2025, 8:09 pm
Harga RON97 dan diesel naik 2 sen, RON95 kekal
September 10, 2025, 8:05 pm
27 individu termasuk 18 pegawai penguat kuasa direman kes sindiket ‘counter setting’
September 10, 2025, 7:59 pm
Fahmi sahkan laman web Caghi.com disekat sejak 2022
September 10, 2025, 6:09 pm
Anwar arah semua lawatan rasmi menteri ke luar negara dihentikan sementara serta-merta
September 10, 2025, 5:34 pm
Kerajaan berjaya pulih aset Jho Low bernilai RM39.1 juta dengan bantuan Singapura
September 10, 2025, 5:17 pm