TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar arah semua lawatan rasmi menteri ke luar negara dihentikan sementara serta-merta

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 10 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua lawatan rasmi menteri ke luar negara dihentikan sementara berkuat kuasa serta-merta.

Jurucakap Kerajaan Madani yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, arahan itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di sini.

Katanya, pengecualian hanya diberikan bagi mesyuarat berjadual atau perkara yang telah dipertimbangkan khusus oleh Jemaah Menteri.

“Ini adalah bagi memastikan menteri-menteri memberi fokus dan keutamaan kepada pelaksanaan beberapa program serta persiapan menuju Belanjawan 2026 pada 10 Oktober depan.

“Arahan itu juga sebagai persiapan menuju Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung pada akhir Oktober,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

 

+ - reset