TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Si mati dipercayai sudah meninggal dunia seminggu lalu' - Polis cari waris mayat wanita mereput ditemui di KLIA

By
|
Kongsi
image

 

SEPANG 10 Sept - Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga tampil membantu pengecaman berhubung penemuan mayat reput seorang wanita berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu kira-kira jam 7.50 malam, 1 September lalu.

Menurut beliau, mayat wanita terbabit ditemui berdekatan kawasan Limo, KLIA dalam keadaan lengkap berpakaian tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Ketika ditemui, mangsa memakai baju-T putih jenama Drum bersaiz XS bertulis Fear Less dan seluar kargo pendek berwarna krim bersaiz L.

“Mayat sudah mereput dengan bahagian kepala tidak sempurna dan hanya tinggal tengkorak. Berdasarkan keadaan fizikal, si mati dipercayai telah meninggal dunia kira-kira seminggu sebelum ditemui,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azman berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan pemeriksaan menemui empat kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa.

+ - reset