Berita Jenayah
Mudir sekolah pondok di Kelantan didakwa 7 pertuduhan amang seksual terhadap pelajar lelaki
PASIR MAS 11 Sept - Seorang mudir sekolah pondok didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki dan memiliki gambar lucah di Kampung Kubang Batang, Tumpat sejak Jun 2024 hingga akhir bulan lalu.
Menurut laporan Berita Harian, Tertuduh, Muhammad Aswadi Yah, 46, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.
Mengikut pertuduhan pertama sehingga keenam, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja lelaki yang kini berusia 16 tahun.
Perbuatan didakwa dilakukan di lokasi sama iaitu sebuah rumah di Kampung Kubang Batang, Tumpat antara jam 7 pagi hingga 7.30 pagi sejak Jun tahun lalu sehingga 20 Ogos lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Bagi pertuduhan ketujuh, tertuduh didakwa memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit miliknya pada jam 4 petang di lokasi sama pada 29 Ogos lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Sekyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na'ilah Harizan manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Irwan Sumadi.
Terdahulu, Siti Aiysha memohon mahkamah mengenakan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan amang seksual dan RM5,000 bagi kesalahan memiliki gambar lucah.
Mohd Irwan bagaimanapun memohon jaminan minima ditawarkan memandangkan anak guamnya yang bekerja sebagai guru agama perlu menanggung keluarga.
"Anak guam saya mempunyai masalah kesihatan iaitu darah rendah selain sakit tulang belakang, sudah beristeri dan mempunyai empat orang anak.
"Saya berharap jaminan minimum dapat diberikan kerana ini kesalahan pertama membabitkan anak guam saya," katanya.
Mahkamah menawarkan jaminan keseluruhan RM45,000 dengan seorang penjamin selain diminta tidak mengganggu saksi serta perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan.
Mahkamah turut menetapkan 11 November sebagai tarikh sebutan semula kes.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
