Berita Jenayah
Lelaki ceroboh, lakukan khianat di Subang Jaya ditahan selepas video tular
SUBANG JAYA 23 April – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20 tahun selepas rakaman video memaparkan tindakannya menceroboh sebuah rumah dalam keadaan kurang waras di kawasan USJ, Subang Jaya tular di media sosial hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, tangkapan itu dibuat susulan maklumat berkaitan video yang dimuat naik melalui aplikasi Threads itu yang turut menunjukkan suspek melakukan perbuatan khianat di kediaman tersebut.
Beliau memaklumkan bahawa suspek kini direman selama tiga hari sehingga 25 April bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan pencerobohan jenayah serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
"Pihak polis menyeru kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini," katanya dalam satu kenyataan media.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan berkaitan kejadian diminta menyalurkan maklumat kepada pihak IPD Subang Jaya di talian 03-7862 7222 untuk membantu proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
