Berita Jenayah
Lelaki positif dadah nekad lari sekatan jalan raya ditahan selepas dikejar polis
PONTIAN 23 April – Seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan polis selepas bertindak agresif melarikan diri daripada sekatan jalan raya dalam satu operasi penguatkuasaan di Jalan Kampung Sungai Karang, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Pontian Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata suspek yang memandu kereta jenis Honda City telah memecut kenderaannya secara berbahaya dan memotong kenderaan lain secara melulu bagi mengelak ditahan anggota trafik IPD Pontian dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu.
Pihak polis terpaksa mengejar kenderaan tersebut sebelum berjaya menyekat dan menahannya di Kilometer 15 Jalan Pontian-Kukup, namun pemeriksaan fizikal pada tubuh badan dan kenderaan suspek tidak menemui sebarang barangan terlarang atau menyalahi undang-undang.
Walau bagaimanapun, hasil saringan air kencing mengesahkan suspek positif dadah jenis methamphetamine, selain semakan rekod lampau mendapati lelaki berkenaan mempunyai sejarah kesalahan berkaitan dadah serta rekod menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dalam operasi yang sama, pihak polis turut mengeluarkan 12 saman atas pelbagai kesalahan trafik lain terhadap pengguna jalan raya.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
