Berita Jenayah
Peniaga pasar malam didakwa rogol anak tiri berusia 13 tahun
SUNGAI PETANI 11 Sept – Seorang peniaga pasar malam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuan tirinya yang berusia 13 tahun, bulan lalu.
Menurut laporan Kosmo Online, tertuduh yang berusia 32 tahun dan tidak diwakili peguam itu mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.
Dia didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di bilik tidur sebuah rumah di Gurun, dekat sini pada pukul 10 malam,10 Ogos lalu.
Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 13 Oktober depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan.
Berita berkaitan
April 28, 2026, 1:36 pm
10 warga asing ditahan, empat sindiket penipuan tumpas di Selangor
April 27, 2026, 2:48 pm
Kes hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook, 21 laporan diterima
April 27, 2026, 10:25 am
Lelaki ditumbuk hingga alami kecederaan kepala gara-gara selisih faham dengan isteri suspek
April 24, 2026, 11:16 am
Lelaki warga asing ditahan selepas ugut bunuh adik, miliki senjata api buatan sendiri
April 24, 2026, 11:03 am
Lelaki 55 tahun ditahan selepas lakukan gangguan seksual di pasar raya
April 24, 2026, 10:52 am
Imigresen tahan 45 PATI dalam operasi besar-besaran di lapan lokasi sekitar Selangor
April 23, 2026, 5:03 pm
Lelaki ceroboh, lakukan khianat di Subang Jaya ditahan selepas video tular
April 23, 2026, 10:59 am
Lelaki positif dadah nekad lari sekatan jalan raya ditahan selepas dikejar polis
April 22, 2026, 10:43 am
