Berita Berita
Ibu pelajar tumbuk guru merayu peluang kedua untuk anak

KAJANG 11 Sept – Ibu kepada pelajar lelaki berusia 14 tahun yang didakwa menumbuk seorang guru pada Julai lalu, merayu agar anaknya diberi peluang kedua untuk berubah dan tidak terus dikecam masyarakat.
Wanita berusia lingkungan 40-an itu yang juga ibu tunggal, meluahkan rasa sebak sebaik keluar dari Mahkamah Majistret di sini, Khamis.
“Saya akui tindakan anak saya salah, tetapi berilah kesempatan kepadanya untuk berubah.
“Tolonglah jangan kecam dia lagi, terutama di media sosial. Kecaman itu membuatkan saya semakin tertekan,” katanya sambil menangis.
Menurutnya, kes berkenaan turut memberi kesan besar terhadap kesihatan dirinya yang semakin merosot sejak kebelakangan ini.
Dalam prosiding Khamis lalu, remaja berkenaan menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula dalam bahasa Tamil.
Mahkamah menetapkan 11 September ini sebagai tarikh hukuman sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pada 30 Julai lalu, pelajar peralihan Tingkatan Satu itu sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang guru lelaki berusia 29 tahun di sebuah sekolah menengah.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada jam 4.48 petang, 28 Julai lalu, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, tular rakaman video berdurasi 38 saat di media sosial yang menunjukkan pertengkaran antara pelajar berkenaan dan seorang guru sebelum berakhir dengan insiden tumbukan. - Media Telus
Berita berkaitan
September 11, 2025, 11:16 pm
'Saya tak tahu, tolong beritahu jika ada, saya nak 'claim' - Tun M sindir SPRM sedang siasat harta di UK
September 11, 2025, 10:43 pm
Kes Ebit Liew: Saksi makan masa 7 hari analisa 30,000 gambar dalam 'pendrive'
September 11, 2025, 9:57 pm
Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya lakar sejarah, lebar sayap ke London, Brunei perkasa usahawan tempatan
September 11, 2025, 9:00 pm
Inkues Zara Qairina: Pakar Patologi sahkan tiada VVIP atau pihak ketiga pengaruhi keterangannya
September 11, 2025, 7:52 pm
'Penumpang kereta bakal diwajibkan pakai tali pinggang keledar atau bayar saman RM300' - JPJ
September 11, 2025, 4:02 pm
Tiada pendaftaran diperlukan untuk tebus SARA RM100 – Teo Nie Ching
September 11, 2025, 3:54 pm
143 anggota bomba Johor obes ikuti program khas turunkan BMI
September 11, 2025, 3:43 pm