Berita Berita
Kes Ebit Liew: Saksi makan masa 7 hari analisa 30,000 gambar dalam 'pendrive'

TENOM 11 Sept - Seorang saksi dalam perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah Ebit Irawan Lew atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau mengambil masa selama tujuh hari untuk menganalisis lebih 30,000 gambar yang disimpan dalam sebuah pemacu pena.
Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Makmal Forensik, Polis Diraja Malaysia, Asisten Superitenden Yip Chang Ching, 45, berkata tempoh tersebut termasuk dua hari yang diperlukan untuk membuka data asal gambar dalam format raw yang diperoleh daripada sebuah telefon yang terlibat dalam kes tersebut.
"Mengikut permintaan pegawai penyiasat untuk mengeluarkan semua gambar berunsur seksual, saya telah membuat analisis dengan go through atau tengok gambar ke gambar," katanya ketika menjawab soalan pemeriksaan semula Timbalan Pendakwaraya Nor Azizah Mohamad, di sini hari ini.
Perbicaraan yang bermula pada 3 petang itu di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersama peguam Kamaruddin Mohmad Chinki dan Prem Elmer Ganasan secara dalam talian, berakhir kira-kira 5.30 petang.
Yip, yang merupakan saksi kelapan dalam kes itu berkata proses analisis mengambil masa yang lama kerana data raw hanya boleh dibaca menggunakan perisian khusus, sebelum ia boleh ditukar kepada format yang boleh dibaca.
Beliau turut menjelaskan data yang dianalisisnya itu merupakan data extraction dan laporan yang telah dibuat oleh syarikat LGMS Berhad dan proses analisis yang dijalankannya tidak akan menganggu atau mengubah sebarang maklumat atau data terlibat.
Terdahulu ketika menjawab soalan lain Kamaruddin, saksi memberitahu bahawa gambar yang dilihatnya dalam pemacu pena dan gambar dalam Digital Forensic Investigation Report kelihatan serupa.
Kamaruddin: Boleh saya tanya kepada saksi, adakah anda tahu salinan daripada Laporan Siasatan Forensik Digital, boleh secara fizikal?
Yip: Tidak, hanya dalam format dokumen mudah alih (PDF).
Ebit Lew, 39, berhadapan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa menerusi aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung pada 22 hingga 25 Oktober ini.
Berita berkaitan
September 11, 2025, 11:16 pm
'Saya tak tahu, tolong beritahu jika ada, saya nak 'claim' - Tun M sindir SPRM sedang siasat harta di UK
September 11, 2025, 9:57 pm
Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya lakar sejarah, lebar sayap ke London, Brunei perkasa usahawan tempatan
September 11, 2025, 9:00 pm
Inkues Zara Qairina: Pakar Patologi sahkan tiada VVIP atau pihak ketiga pengaruhi keterangannya
September 11, 2025, 7:52 pm
'Penumpang kereta bakal diwajibkan pakai tali pinggang keledar atau bayar saman RM300' - JPJ
September 11, 2025, 4:02 pm
Tiada pendaftaran diperlukan untuk tebus SARA RM100 – Teo Nie Ching
September 11, 2025, 3:54 pm
143 anggota bomba Johor obes ikuti program khas turunkan BMI
September 11, 2025, 3:43 pm
Hakim tolak permohonan Najib mohon tarik diri dalam semakan kehakiman titah adendum
September 11, 2025, 3:29 pm