Berita Berita
Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya lakar sejarah, lebar sayap ke London, Brunei perkasa usahawan tempatan

PETALING JAYA, 11 Sept – Landskap industri acara, gaya hidup dan peruncitan Malaysia bakal melakar sejarah baharu apabila Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya (ABxFGR), festival Raya terbesar negara yang tersenarai dalam Malaysia Book of Records, mengumumkan pengembangan ke tiga lokasi strategik pada tahun 2026 iaitu Pulau Pinang, Brunei Darussalam dan buat julung kalinya di London, United Kingdom.
Langkah bersejarah ini bukan sekadar perluasan geografi tetapi menjadi pemangkin ekonomi yang bakal membuka pasaran antarabangsa kepada ribuan usahawan tempatan.
Penganjur, My Events International dan Absolut Events & Management, menegaskan bahawa misi utama ABxFGR 2026 adalah memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor halal, fesyen dan gaya hidup agar lebih berdaya saing di pentas global.
Sejak diperkenalkan, ABxFGR telah mencatatkan prestasi luar biasa dengan jualan bernilai RM62.6 juta, menarik hampir lapan juta pengunjung serta menghimpunkan lebih 2,000 usahawan dan 400 jenama tempatan.
Capaian ini menjadi bukti bahawa festival tersebut bukan sekadar pesta membeli-belah, tetapi sebuah enjin ekonomi yang mendorong pertumbuhan domestik dan meletakkan Malaysia sebagai hab gaya hidup Raya paling berprestij di rantau ini.
Penganjuran edisi London, yang dikenali sebagai Absolut Bazaar x MYExpo, dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 3 Mei 2026 di Exhibition White City.
Tidak seperti edisi perayaan sebelum ini, penganjuran di kota antarabangsa itu akan memberi fokus kepada platform eksport dengan menawarkan peluang perniagaan secara terus kepada usahawan tempatan untuk berhubung dengan pengedar, pembeli dan rakan strategik Eropah.
Ia dilihat sebagai pintu masuk bersejarah kepada pasaran global, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri halal dan gaya hidup antarabangsa.
Selain London, ABxFGR akan berlangsung di Brunei pada 27 Februari hingga 1 Mac di Bridex International Convention Centre, diikuti Pulau Pinang pada 6 hingga 8 Mac di PICCA Convention Centre, sebelum kembali ke Kuala Lumpur di MITEC dari 13 hingga 16 Mac.
Respons pasaran yang amat memberangsangkan jelas kelihatan apabila hanya tinggal lima peratus ruang pameran di Kuala Lumpur dan 25 peratus di Pulau Pinang, mencerminkan keyakinan tinggi peniaga terhadap nilai komersial festival ini.
Dengan perluasan ke tiga destinasi serantau dan antarabangsa, ABxFGR 2026 bukan sahaja bakal menjadi acara gaya hidup terbesar Malaysia, tetapi juga penanda aras baharu dalam industri acara negara.
Ia menandakan detik bersejarah apabila sebuah festival yang lahir di tanah air kini membawa jenama Malaysia menembusi pasaran dunia, menyokong aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 serta mencipta peluang eksport halal dan gaya hidup yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Berita berkaitan
September 11, 2025, 11:16 pm
'Saya tak tahu, tolong beritahu jika ada, saya nak 'claim' - Tun M sindir SPRM sedang siasat harta di UK
September 11, 2025, 10:43 pm
Kes Ebit Liew: Saksi makan masa 7 hari analisa 30,000 gambar dalam 'pendrive'
September 11, 2025, 9:00 pm
Inkues Zara Qairina: Pakar Patologi sahkan tiada VVIP atau pihak ketiga pengaruhi keterangannya
September 11, 2025, 7:52 pm
'Penumpang kereta bakal diwajibkan pakai tali pinggang keledar atau bayar saman RM300' - JPJ
September 11, 2025, 4:02 pm
Tiada pendaftaran diperlukan untuk tebus SARA RM100 – Teo Nie Ching
September 11, 2025, 3:54 pm
143 anggota bomba Johor obes ikuti program khas turunkan BMI
September 11, 2025, 3:43 pm
Hakim tolak permohonan Najib mohon tarik diri dalam semakan kehakiman titah adendum
September 11, 2025, 3:29 pm