TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Inkues Zara Qairina: Pakar Patologi sahkan tiada VVIP atau pihak ketiga pengaruhi keterangannya

By
|
Kongsi
image

KOTA KINABALU 11 Sept - Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu menegaskan beliau tidak mengetahui adanya mana-mana individu penting (VVIP) atau pihak ketiga yang cuba mempengaruhi keterangannya dalam prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peguam, Datuk Ram Singh yang mewakili seorang tertuduh kanak-kanak di Mahkamah Kanak-Kanak.

“Jawapan saya tidak dipengaruhi atau dikesani oleh dakwaan mengenai VVIP atau pihak ketiga, ia hanya berdasarkan kepakaran,” katanya ketika prosiding di Mahkamah Koroner, di sini, hari ini.

Dr Jessie, yang sebelum ini menjadi saksi pertama inkues, dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung simulasi di asrama sekolah tempat Zara ditemui pada 16 Julai lalu.

Dalam soal balas, beliau bersetuju dengan cadangan Ram bahawa Zara berada dalam keadaan sedar ketika jatuh.

Menurutnya, agak sukar untuk seseorang dijatuhkan dalam keadaan tegak jika mangsa tidak sedarkan diri.

“Sekiranya Zara diangkat dan dibuang ke tingkat bawah, individu berkenaan perlu memposisikan badannya memanjang agar mendarat dengan kaki terlebih dahulu, kerana jarak dari ‘ledge’ agak jauh,” katanya.

Ketika ditanya sama ada benar Zara jatuh dalam keadaan berdiri tegak dan sedar, Dr Jessie menjawab: “Ya, kemungkinan besar.”

Dr Jessie menamatkan keterangannya pada petang ini dan prosiding dijangka disambung esok dengan saksi pengawal keselamatan asrama sekolah berkenaan.

 

+ - reset