Berita Berita
143 anggota bomba Johor obes ikuti program khas turunkan BMI

JOHOR BAHRU 11 Sept – Seramai 143 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor yang mencatatkan Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 30 diletakkan di bawah program kecergasan dan diet selama enam bulan bagi mengembalikan tahap fizikal terbaik mereka.
Pengarah JBPM Johor, Siti Rohani Nadir berkata, jumlah itu melibatkan kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan anggota bomba di negeri ini.
“Program dikenali sebagai Wellness Hub Rehabilitation and Strengthening Programme bermula Jun hingga November ini dengan pemantauan jurulatih bertauliah. Ia meliputi latihan fizikal berstruktur, kawalan pemakanan serta semakan kemajuan setiap bulan.
“Sasaran kita adalah menurunkan BMI kepada 29 menjelang akhir tahun ini, dan 28 pada tahun hadapan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan JBPM Johor di Balai Bomba Johor Jaya, hari ini.
Beliau memaklumkan kebanyakan anggota yang mengikuti program ini berusia 40 tahun ke atas.
Katanya lagi, mereka yang gagal mencapai sasaran kecergasan akan kekal dalam program tersebut, namun tidak layak menerima anugerah perkhidmatan cemerlang atau kenaikan pangkat.
Program berkenaan turut dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang bukan sahaja menilai BMI tetapi juga komposisi lemak badan serta kandungan air, sebelum anggota diberikan pelan senaman dan diet yang disesuaikan.
“Ini bukan soal kosmetik. Anggota bomba dipertanggungjawabkan menyelamatkan nyawa di darat, laut dan udara. Jadi mereka mesti benar-benar cergas untuk melaksanakan operasi berisiko tinggi dengan berkesan,” katanya.
Tahun lalu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan bahawa kenaikan pangkat anggota bomba akan dikaitkan dengan tahap BMI, selaras dengan standard kecergasan Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Media Telus
Berita berkaitan
September 11, 2025, 11:16 pm
'Saya tak tahu, tolong beritahu jika ada, saya nak 'claim' - Tun M sindir SPRM sedang siasat harta di UK
September 11, 2025, 10:43 pm
Kes Ebit Liew: Saksi makan masa 7 hari analisa 30,000 gambar dalam 'pendrive'
September 11, 2025, 9:57 pm
Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya lakar sejarah, lebar sayap ke London, Brunei perkasa usahawan tempatan
September 11, 2025, 9:00 pm
Inkues Zara Qairina: Pakar Patologi sahkan tiada VVIP atau pihak ketiga pengaruhi keterangannya
September 11, 2025, 7:52 pm
'Penumpang kereta bakal diwajibkan pakai tali pinggang keledar atau bayar saman RM300' - JPJ
September 11, 2025, 4:02 pm
Tiada pendaftaran diperlukan untuk tebus SARA RM100 – Teo Nie Ching
September 11, 2025, 3:43 pm
Hakim tolak permohonan Najib mohon tarik diri dalam semakan kehakiman titah adendum
September 11, 2025, 3:29 pm