Berita Jenayah
Suami isteri, rakan wanita berdepan hukuman gantung edar syabu 80kg
KOTA TINGGI 12 Sept – Sepasang suami isteri bersama seorang rakan wanita warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat 80 kilogram dalam satu serbuan pada 2 September lalu.
Tertuduh, Muhammad Fairul Jaffar, 43; isterinya, Elika Safitri, 33; dan Nursahkila Yusof, 39; mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Haydar Faridzal Abu Hasan. Bagaimanapun, pengakuan mereka tidak direkodkan kerana kes tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan berat kasar 80.33 kilogram di Taman Sri Penawar, di sini pada jam 10.30 malam, 2 September lalu.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding sama, Muhammad Fairul yang bekerja sebagai pengusaha bengkel mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan methamphetamine dan amphetamine ke dalam badannya di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, pada jam 8.50 malam, 18 September 2023.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.
Di bawah Seksyen 38B akta itu juga, tertuduh perlu menjalani pengawasan polis antara dua hingga tiga tahun.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Afiqah Musa, manakala Muhammad Fairul dan Elika Safitri diwakili peguam Nor Shahid Abd Malik.
Mahkamah menetapkan 13 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan kimia, dengan semua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.
Pada 8 September lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad mendedahkan kejayaan polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang menjadikan kawasan perumahan berpagar dan berpengawal di Bandar Penawar sebagai stor simpanan.
Serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Kota Tinggi itu bermula jam 10.30 malam, 2 September hingga 4 pagi keesokan harinya, menyaksikan rampasan bernilai RM2.57 juta serta penahanan dua warga tempatan dan seorang wanita Indonesia.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
