Berita Jenayah
Tiga lelaki ditahan cuba bunuh, dua mangsa cedera parah diserang parang
JOHOR BAHRU 12 Sept – Polis menahan tiga lelaki bersenjatakan parang selepas dipercayai terbabit dalam cubaan membunuh yang menyebabkan dua mangsa cedera parah dalam kejadian di Taman Cahaya, Kota Puteri, Seri Alam, pada 3 September lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, berkata kejadian kira-kira jam 3 pagi itu melibatkan dua lelaki tempatan berusia 27 dan 30 tahun.
“Mangsa diserang empat lelaki bersenjatakan parang sebelum sebuah kereta dipandu suspek melanggar mereka. Kedua-duanya mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan badan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Susulan maklumat diterima, polis menahan tiga lelaki berusia 25 hingga 42 tahun di kawasan Seri Alam pada 4 September.
“Hasil semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah, manakala ujian air kencing terhadap ketiga-tiga mereka mendapati seorang positif dadah jenis methamphetamine,” jelasnya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dan semua suspek telah dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini. - Media Telus
Berita berkaitan
April 28, 2026, 1:36 pm
10 warga asing ditahan, empat sindiket penipuan tumpas di Selangor
April 27, 2026, 2:48 pm
Kes hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook, 21 laporan diterima
April 27, 2026, 10:25 am
Lelaki ditumbuk hingga alami kecederaan kepala gara-gara selisih faham dengan isteri suspek
April 24, 2026, 11:16 am
Lelaki warga asing ditahan selepas ugut bunuh adik, miliki senjata api buatan sendiri
April 24, 2026, 11:03 am
Lelaki 55 tahun ditahan selepas lakukan gangguan seksual di pasar raya
April 24, 2026, 10:52 am
Imigresen tahan 45 PATI dalam operasi besar-besaran di lapan lokasi sekitar Selangor
April 23, 2026, 5:03 pm
Lelaki ceroboh, lakukan khianat di Subang Jaya ditahan selepas video tular
April 23, 2026, 10:59 am
Lelaki positif dadah nekad lari sekatan jalan raya ditahan selepas dikejar polis
April 22, 2026, 10:43 am
