Berita Berita
Suami orang dicekup berkhalwat dengan pelacur di Johor Bahru
JOHOR BAHRU 15 Sept – Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang wanita warga asing dalam serbuan di sebuah hotel di bandar raya ini malam tadi.
Dalam kenyataan hari ini, JAINJ memaklumkan lelaki terbabit yang sudah berkeluarga tinggal berjauhan dengan isteri dan anaknya di negeri lain.
“Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu pula memiliki pasport lawatan sosial dengan rekod keluar masuk negara hampir setiap bulan. Siasatan turut mendapati dia menggunakan media sosial bagi mencari pelanggan sekitar Johor Bahru dengan berselindung di sebalik promosi tukang urut,” katanya.
Wanita terbabit dipercayai menawarkan perkhidmatan seks berbayar menggunakan aplikasi tertentu untuk berhubung dengan pelanggan.
Menurut JAINJ, operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan tidak bermoral yang semakin berleluasa di negeri ini.
Berita berkaitan
May 2, 2026, 9:25 am
Maha Berjaya tawar pakej Ibadah Qurban Kambing 2026, harga bermula RM999 sahaja
May 1, 2026, 1:51 pm
HKL jelaskan situasi jabatan kecemasan tular sedang dalam proses naik taraf
May 1, 2026, 1:42 pm
Kerajaan sasar gaji median RM3,500 menjelang 2030
May 1, 2026, 1:32 pm
Anwar beri tempoh dua minggu lapor pelaksanaan inisiatif Hari Pekerja 2026
May 1, 2026, 8:38 am
Kegagalan sistem brek punca trak ATM hilang kawalan rempuh Plaza Tol Bukit Teratai
May 1, 2026, 8:17 am
