Berita Berita
'Permudahkan kemasukan bantuan dan jangan ganggu Sumud Flotilla' - Anwar

KUALA LUMPUR 15 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus konsisten bersama masyarakat antarabangsa dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin yang berdepan kekejaman berpanjangan rejim Israel.
Anwar berkata, Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Palestin bukan sahaja dalam mempertahankan bumi mereka, tetapi juga dalam menentang tindakan melampau Israel yang kini menjalar ke negara-negara Arab lain.
“Mesej kita jelas – hentikan kezaliman, permudahkan kemasukan bantuan dan jangan ganggu Sumud Flotilla,” katanya.
Global Sumud Flotilla ialah misi solidariti antarabangsa yang menghimpunkan aktivis kemanusiaan, pertubuhan bukan kerajaan, ahli politik serta masyarakat sivil dari seluruh dunia bagi membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan bantuan asas ke Gaza yang berdepan sekatan Israel sejak lebih sedekad.
Penyertaan Malaysia dalam flotilla itu dilihat sebagai simbol kesatuan global menentang penindasan, sekali gus mendesak perhatian dunia terhadap penderitaan rakyat Palestin.
Malaysia sebelum ini konsisten mengangkat isu Palestin di pentas antarabangsa termasuk ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selain terus menyalurkan sokongan diplomatik, kemanusiaan dan moral kepada rakyat Palestin.
Berita berkaitan
September 16, 2025, 10:47 am
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia, doa kesejahteraan negara
September 16, 2025, 10:36 am
Pengawal keselamatan maut diserang di Semenyih, polis tahan 5 lelaki bantu siasatan
September 16, 2025, 10:36 am
Kanak-kanak 10 tahun ditemukan, tiga sekeluarga maut tertimbus tanah runtuh di Papar
September 16, 2025, 10:30 am
Warga emas maut kereta terbabas rempuh gerai di Melaka
September 16, 2025, 10:25 am
PDRM siasat lima laporan polis berkaitan kenyataan Presiden UMANY
September 16, 2025, 10:15 am
Anwar gesa tindakan tegas hentikan pencerobohan Israel, pertahan Palestin
September 16, 2025, 10:05 am
Mangsa banjir cecah 2,273 orang, Sabah paling teruk terjejas
September 15, 2025, 9:36 pm
11 parah, pesakit strok maut, ambulans dinaiki bertembung van
September 15, 2025, 6:53 pm