TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

JPJ buka bidaan nombor pendaftaran ‘GM’ sempena Hari Malaysia

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 15 Sept – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa siri ‘GM’ bersempena sambutan Hari Malaysia 2025.

JPJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan bidaan akan dibuka bermula esok, 16 September hingga 20 September, manakala keputusan diumumkan dalam tempoh 24 jam selepas itu iaitu pada 21 September.

Harga bidaan minimum ditetapkan bermula RM300 bagi kategori nombor biasa (Running), RM500 untuk nombor popular, RM2,500 (Menarik), RM5,000 (Premium) dan RM20,000 untuk nombor bernilai utama (Golden).

“Siri nombor ‘GM’ yang membawa maksud ‘Gemilang Malaysia’ diperkenalkan bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta kecintaan terhadap negara bersempena bulan kemerdekaan,” jelas kenyataan itu.

JPJ menegaskan nombor pendaftaran yang berjaya dibida perlu didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan selepas keputusan rasmi dikeluarkan.

Menariknya, pembida yang berjaya memperoleh nombor siri ‘GM’ turut bakal menerima dua keping tiket Festival Super GT Malaysia 2026. 

 

+ - reset