TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Warga emas maut kereta terbabas rempuh gerai di Melaka

By
|
Kongsi
image

MELAKA 16 Sept. – Seorang lelaki berusia 74 tahun meninggal dunia selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh sebuah gerai di Jalan Malim Jaya, berhampiran sebuah stesen minyak, awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 6 pagi itu, mangsa, Chan Soa’a, yang memandu Proton Arena disahkan meninggal dunia di lokasi akibat impak kemalangan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah bulatan Malim menuju ke lampu isyarat Plaza Pandan Malim sebelum kenderaannya hilang kawalan.

“Kenderaan tersebut terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah gerai di tepi jalan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya hari ini.

Beliau menambah, ketika kejadian berlaku, keadaan jalan kering dan cuaca baik.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Media Telus

+ - reset