TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia, doa kesejahteraan negara

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat sempena sambutan hari bersejarah itu.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi baginda, Seri Paduka berdua berdoa agar Malaysia terus dirahmati Allah SWT serta dikurniakan keamanan yang berkekalan.

“Seri Paduka turut menzahirkan rasa syukur atas perpaduan dan semangat muafakat rakyat berbilang kaum yang menjadi tonggak kekuatan negara sejak sekian lama,” menurut kenyataan itu.

Sambutan Hari Malaysia 2025 yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ berlangsung hari ini di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth, Pulau Pinang.

Acara bermula jam 9 pagi dengan pelbagai pengisian menarik dan Pulau Pinang dipilih sebagai tuan rumah edisi kali ini berikutan giliran penggiliran lokasi antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia setiap tahun. - Media Telus

+ - reset