TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mangsa banjir cecah 2,273 orang, Sabah paling teruk terjejas

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 16 Sept – Jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 2,273 orang direkodkan setakat pagi ini.

Menurut data InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Sabah kekal sebagai negeri paling teruk terjejas dengan 1,861 mangsa daripada 545 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu menjadi punca utama limpahan air dan kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan.

Perak turut merekodkan seramai 187 mangsa daripada 66 keluarga, manakala di Selangor 146 mangsa daripada 44 keluarga dipindahkan ke PPS. Negeri Sembilan pula mencatatkan 79 mangsa melibatkan 21 keluarga.

Secara keseluruhan, sebanyak 24 PPS telah dibuka meliputi empat negeri.

Data juga menunjukkan jumlah keluarga terkesan meningkat kepada 676, bersamaan kenaikan 5.18 peratus, manakala jumlah keseluruhan mangsa meningkat 5.05 peratus.

 

+ - reset