Berita Berita
Anwar gesa tindakan tegas hentikan pencerobohan Israel, pertahan Palestin

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keperluan tindakan bersama yang lebih bersepadu bagi menghentikan pencerobohan Israel, mempertahankan kedaulatan negara-negara Arab-Islam dan memastikan hak rakyat Palestin terus terpelihara.
Beliau berkata perkara itu disuarakan ketika bertemu beberapa pemimpin dunia di luar Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam yang berlangsung di Doha, Qatar semalam.
Antara pemimpin yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman; Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Raja Jordan, Raja Abdullah II Al Hussein; Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif serta Putera Mahkota Kuwait, Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah.
“Kami menzahirkan sokongan penuh kepada Qatar yang menjadi sasaran kekejaman tentera Zionis, selain menegaskan komitmen bersama dalam memperkukuh solidariti mempertahankan Palestin,” kata Anwar menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Anwar berada di Doha atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani bagi menghadiri sidang tergempar itu yang diadakan susulan serangan udara Israel pada 9 September lalu.
Serangan yang menyasarkan kawasan Leqtaifiya melibatkan sekitar 15 jet pejuang Israel dan mengorbankan enam individu termasuk anak kepada pemimpin kanan Hamas, Khalil al-Hayya, ketua pejabatnya serta seorang pegawai keselamatan Qatar, manakala tokoh utama Hamas dilaporkan terselamat. - Media Telus
Berita berkaitan
September 16, 2025, 11:45 am
Air Selangor nafi pintu empangan loji dibuka lewat punca banjir di Hulu Langat
September 16, 2025, 11:05 am
'Nak keluar untung tapi akaun disekat' - Wanita rugi lebih RM5 juta ditipu skim pelaburan kripto palsu
September 16, 2025, 10:47 am
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia, doa kesejahteraan negara
September 16, 2025, 10:36 am
Pengawal keselamatan maut diserang di Semenyih, polis tahan 5 lelaki bantu siasatan
September 16, 2025, 10:36 am
Kanak-kanak 10 tahun ditemukan, tiga sekeluarga maut tertimbus tanah runtuh di Papar
September 16, 2025, 10:30 am
Warga emas maut kereta terbabas rempuh gerai di Melaka
September 16, 2025, 10:25 am
PDRM siasat lima laporan polis berkaitan kenyataan Presiden UMANY
September 16, 2025, 10:05 am
Mangsa banjir cecah 2,273 orang, Sabah paling teruk terjejas
September 15, 2025, 9:36 pm