Berita Berita
Pengawal keselamatan maut diserang di Semenyih, polis tahan 5 lelaki bantu siasatan

KUALA LUMPUR 16 Sept – Seorang pengawal keselamatan berusia 38 tahun maut selepas diserang dengan senjata tajam dalam satu pergaduhan di kawasan rumah kedai di Semenyih, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, polis menahan lima lelaki berusia 31 hingga 37 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Siasatan mendapati sebelum kejadian, mangsa dikatakan terbabit perselisihan faham dengan seorang rakan, iaitu pemandu lori tempatan berusia 37 tahun, ketika sedang minum bersama empat yang lain di kawasan padang sebuah taman perumahan. Pemandu lori berkenaan mengalami kecederaan di jari akibat terkena senjata tajam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Naazron, kira-kira jam 4.30 pagi, pemandu lori itu bersama beberapa rakannya yang tidak berpuas hati pergi ke tempat tinggal mangsa di deretan rumah kedai berkenaan.
“Seorang daripada mereka menyerang mangsa menggunakan senjata tajam hingga menyebabkan kecederaan serius di bahagian tangan dan badan. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kajang dengan bantuan rakan-rakan, namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu,” katanya.
Naazron berkata, polis turut merampas beberapa barang berkaitan kes, manakala permohonan reman terhadap semua suspek akan dibuat hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau menambah, siasatan awal mendapati empat daripada suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah, manakala mangsa sendiri mempunyai tujuh rekod jenayah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Ong Eng Yew di talian 012-6966849 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
September 16, 2025, 11:45 am
Air Selangor nafi pintu empangan loji dibuka lewat punca banjir di Hulu Langat
September 16, 2025, 11:05 am
'Nak keluar untung tapi akaun disekat' - Wanita rugi lebih RM5 juta ditipu skim pelaburan kripto palsu
September 16, 2025, 10:47 am
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia, doa kesejahteraan negara
September 16, 2025, 10:36 am
Kanak-kanak 10 tahun ditemukan, tiga sekeluarga maut tertimbus tanah runtuh di Papar
September 16, 2025, 10:30 am
Warga emas maut kereta terbabas rempuh gerai di Melaka
September 16, 2025, 10:25 am
PDRM siasat lima laporan polis berkaitan kenyataan Presiden UMANY
September 16, 2025, 10:15 am
Anwar gesa tindakan tegas hentikan pencerobohan Israel, pertahan Palestin
September 16, 2025, 10:05 am
Mangsa banjir cecah 2,273 orang, Sabah paling teruk terjejas
September 15, 2025, 9:36 pm