TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PDRM siasat lima laporan polis berkaitan kenyataan Presiden UMANY

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 16 Sept. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima lima laporan polis berhubung kenyataan Presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY), Tang Yi Ze yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Dalam kenyataan tersebut, Tang dilaporkan menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memansuhkan program matrikulasi dan menetapkan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai laluan tunggal kemasukan ke universiti awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kenyataan itu dilihat boleh menimbulkan salah faham terhadap sistem pendidikan negara serta mencetuskan keresahan masyarakat.

“Sehingga kini, lima laporan telah diterima termasuk satu pada 12 September lalu. Empat laporan lain dibuat susulan rasa tidak puas hati pihak tertentu terhadap kenyataan berkenaan,” katanya hari ini.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur khianat awam yang boleh menimbulkan ketakutan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang melibatkan penyalahgunaan kemudahan rangkaian.

M Kumar menegaskan PDRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang kenyataan yang mengganggu ketenteraman awam, malah orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam menyuarakan pandangan, termasuk di media sosial. - Media Telus

+ - reset