TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kanak-kanak 10 tahun ditemukan, tiga sekeluarga maut tertimbus tanah runtuh di Papar

By
|
Kongsi
image

KOTA KINABALU 16 Sept. – Operasi mencari dan menyelamat yang berlangsung lebih 10 jam akhirnya menemui mangsa terakhir tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul, Papar apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemukan pada jam 8.45 malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum operasi ditamatkan pada 2.05 pagi.

Dalam insiden yang berlaku sekitar 9.20 pagi semalam, tiga beranak iaitu seorang ibu berusia 34 tahun serta dua anaknya tertimbus.

“Mayat ibu mangsa ditemui pada jam 4.20 petang, diikuti anak lelakinya berusia enam tahun lima minit kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan, pasukan penyelamat menerima panggilan kecemasan pada 9.20 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar tiba di lokasi kira-kira 15 minit selepas itu.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan penyelamat lain sebelum disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Dengan penemuan terbaharu itu, jumlah korban akibat siri tanah runtuh yang melanda Sabah sejak Jumaat lalu meningkat kepada 13 orang. - Media Telus

+ - reset