Berita Jenayah
Lelaki Malaysia ditahan cuba seludup lebih 18,000 rokok elektronik ke Singapura
SINGAPURA 17 Sept. – Cubaan seorang lelaki Malaysia menyeludup masuk lebih 18,400 rokok elektronik (vap) serta 1,400 komponen berkaitan ke republik ini digagalkan pihak berkuasa di Linkedua Tuas, Isnin lalu.
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam kenyataan memaklumkan, rampasan itu merupakan yang terbesar melibatkan produk vap di pintu masuk darat Singapura sejak pelaksanaan hukuman lebih berat pada 1 September lalu.
Menurut ICA, lori berdaftar di Malaysia yang dipandu suspek telah dikenal pasti melalui sistem penilaian risiko sebelum ketibaan dan diarahkan ke pemeriksaan terperinci.
“Hasil pemeriksaan menemukan barangan terlarang yang disembunyikan di dalam lori yang diisytiharkan membawa ‘komponen untuk bidai luaran bermotor’,” kata ICA menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Tambah agensi itu, barang rampasan bersama suspek telah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) untuk siasatan lanjut.
Terdahulu pada Ogos, ICA memaklumkan kawalan keselamatan di pusat pemeriksaan udara, darat dan laut telah diperketat bagi mengesan serta menyekat cubaan penyeludupan rokok elektronik, selaras dengan usaha menyeluruh kerajaan Singapura membanteras produk berkenaan. - Media Telus
Berita berkaitan
April 28, 2026, 1:36 pm
10 warga asing ditahan, empat sindiket penipuan tumpas di Selangor
April 27, 2026, 2:48 pm
Kes hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook, 21 laporan diterima
April 27, 2026, 10:25 am
Lelaki ditumbuk hingga alami kecederaan kepala gara-gara selisih faham dengan isteri suspek
April 24, 2026, 11:16 am
Lelaki warga asing ditahan selepas ugut bunuh adik, miliki senjata api buatan sendiri
April 24, 2026, 11:03 am
Lelaki 55 tahun ditahan selepas lakukan gangguan seksual di pasar raya
April 24, 2026, 10:52 am
Imigresen tahan 45 PATI dalam operasi besar-besaran di lapan lokasi sekitar Selangor
April 23, 2026, 5:03 pm
Lelaki ceroboh, lakukan khianat di Subang Jaya ditahan selepas video tular
April 23, 2026, 10:59 am
Lelaki positif dadah nekad lari sekatan jalan raya ditahan selepas dikejar polis
April 22, 2026, 10:43 am
