Berita Jenayah
Kereta dijadikan stor, polis rampas lebih 2.2kg heroin dan syabu
ALOR GAJAH 17 Sept. – Polis merampas 1,600 paket berisi heroin dan syabu seberat lebih 2.2 kilogram selepas menyerbu sebuah kereta yang dijadikan stor simpanan dadah di Jalan Perindustrian Rembia, minggu lalu.
Dalam serbuan jam 6.10 pagi pada 12 September lalu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Melaka turut menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dipercayai tokan dadah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Azrul Mohamed berkata, pemeriksaan menemui 1,500 paket heroin seberat 2,129.30 gram dan 100 paket syabu seberat 96 gram dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM35,000.
“Siasatan mendapati kereta itu dijadikan tempat simpanan sebelum suspek mengambil bekalan untuk diedarkan kepada penagih sekitar Krubong. Bekalan baharu pula ditambah pihak lain apabila stok berkurangan,” katanya.
Menurutnya, sindiket itu dipercayai aktif sejak Julai lalu dan jumlah rampasan mampu menampung kira-kira 2,500 penagih. Polis turut menyita motosikal Benelli 150 bernilai RM5,000, menjadikan jumlah keseluruhan sitaan dan rampasan RM38,000.
Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau membabitkan kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berstatus tiada tindakan lanjut (NFA). Bagaimanapun, ujian air kencingnya didapati negatif dadah.
Suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Polis giat mengesan rangkaian sindiket lain yang masih bebas.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah boleh menyalurkannya ke talian hotline JSJN di 012-2087222. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
