TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jangan guna alasan untuk kesihatan, ketum boleh rosakkan fungsi otak - AADK

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU 17 Sept – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menegaskan penggunaan ketum sebagai alasan perubatan tidak berasas, sebaliknya pengambilan berterusan bahan itu boleh membawa ketagihan serius serta menjejaskan fungsi otak.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Penolong Pengarah (Aduan, Risikan dan Operasi) AADK, Hamizan Haidzir berkata, ketum mengandungi mitragynine, iaitu bahan psikoaktif yang mampu menjejaskan kognitif, mengubah persepsi dan membuatkan individu berkhayal jika diambil dalam kuantiti tinggi.

“Ramai beri alasan guna ketum untuk perubatan, tetapi hakikatnya mereka minum untuk rasa seronok dan khayal. Pengambilan berlebihan memberi kesan seperti heroin. Malah kini, ramai anak muda mengambil bancuhan pekat dan mencampurnya dengan bahan lain seperti ubat batuk untuk kesan lebih kuat,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Hamizan, undang-undang negara tidak mengiktiraf ketum sebagai ubat yang selamat, malah tiada cara penggunaan yang betul.

Beliau turut mengingatkan individu terlibat agar segera mendapatkan rawatan dengan AADK sebelum ketagihan mereka menjadi semakin parah.

Katanya, melalui pindaan Akta Penagih dan Penyalahguna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang berkuat kuasa sejak 22 Ogos lalu, pihak berkuasa kini boleh mengambil tindakan terhadap pengguna ketum selepas pengesanan melalui ujian air kencing.

“Jika rawatan dimulakan awal, peluang untuk pulih lebih tinggi berbanding mereka yang sudah lama terjebak,” katanya.

 

+ - reset