Berita Berita
'Ingat orang belakang sikit' - Rakyat Malaysia melancong ke Dannok borong sampai 'licin' makanan viral, peniaga Thailand gembira

KUALA LUMPUR 17 Sept – Rakyat Malaysia yang melancong ke Dannok, Thailand sempena cuti panjang sejak minggu lalu tidak melepaskan peluang untuk memborong makanan kegemaran mereka di kedai serbaneka sehingga 'licin'.
Ini berikutan harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding jualan semula di Malaysia dan juga harga di platform e-dagang.
Video tular di TikTok yang dimuatnaik peniaga di Thailand menunjukkan barisan rak biskut, mi segera dan air kotak popular kosong seakan baru ‘diserang semut’, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi.
“Ingat orang belakang sikit, aku nak datang hujung minggu ni tinggal serdak je,” komen netizen dikenali sebagai Iera.
Seorang pengguna lain, June Harun, turut berkongsi perasaan hampa apabila kebanyakan kedai serbaneka yang dikunjungi turut mengalami keadaan sama.
“Dahsyat betul penangan orang Malaysia ni. Memang licin semua 7E, baik yang kecil sampai ke besar,” tulisnya.
Fenomena itu turut mendapat reaksi positif peniaga tempatan yang gembira apabila rakyat Malaysia banyak membantu ekonomi setempat.
“Bagus, bertenang sahaja. Kehadiran pelancong sebenarnya membantu ekonomi (di Thailand),” kata Kiat R.
Terdahulu, tular juga video kesesakan lalu lintas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam apabila ratusan kenderaan rakyat Malaysia dilihat berpusu-pusu untuk pulang.
Difahamkan, ramai pelancong terpaksa menunggu berjam-jam untuk melepasi sempadan berikutan peningkatan pengunjung sempena cuti sekolah dan cuti Hari Malaysia, sedangkan operasi di pintu masuk berkenaan ditutup pada jam 11 malam.
Berita berkaitan
September 17, 2025, 10:55 pm
Harga RON95 kekal, RON97 dan diesel naik tiga sen seliter - MOF
September 17, 2025, 10:42 pm
Restoran terkenal di Jalan Penang diarah tutup, kuku pekerja hitam, kotor, dapur penuh lipas dan tikus
September 17, 2025, 6:01 pm
Lelaki ditahan rosakkan mesin ATM dengan cangkul di Pasir Gudang
September 17, 2025, 5:56 pm
Saksi dakwa Zara Qairina menangis, nafi mencuri sebelum ke tandas
September 17, 2025, 5:49 pm
Tun M hairan ramai berebut jawatan PM walau parti belum tentu menang
September 17, 2025, 5:44 pm
Ucapan tegas Anwar mengenai Palestin di Doha raih perhatian antarabangsa
September 17, 2025, 4:48 pm
Pulau Pinang warta 25 bandar baharu, pinda sempadan 10 bandar sedia ada
September 17, 2025, 4:13 pm