Berita Berita
'Di KLIA yang canggih pun wujud 'counter setting', tak mustahil di Sungai Golok juga boleh berlaku' - Ketua Polis Kelantan

KOTA BHARU 17 Sept – Polis Kelantan tidak menolak kemungkinan wujudnya kegiatan ‘counter setting’ membabitkan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok yang menjadi laluan utama penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, risikan dan siasatan sedang dijalankan bagi memastikan sama ada sindiket turut menggunakan modus operandi sama seperti yang dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Kalau di KLIA yang begitu canggih pun wujud sindiket counter setting, tidak mustahil di pangkalan haram yang lebih terbuka juga berlaku. Itu andaian saya, tetapi kita ambil serius dan sedang siasat dengan lebih mendalam.
“Kebimbangan kita ialah kemungkinan penglibatan pihak-pihak tertentu yang memudahkan pergerakan penyeludupan di sempadan. Sebab itu risikan ditingkatkan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata, walaupun Sungai Golok kekal menjadi ‘hotspot’, trend terkini menunjukkan sindiket turut memilih laluan laut sebagai alternatif bagi menyeludup barangan terlarang termasuk dadah.
Katanya, kawalan keselamatan di sempadan negeri sentiasa diperkukuh dari semasa ke semasa dengan kerjasama pelbagai agensi bagi memastikan sindiket tidak mudah mengambil kesempatan.
Berita berkaitan
September 17, 2025, 10:42 pm
Restoran terkenal di Jalan Penang diarah tutup, kuku pekerja hitam, kotor, dapur penuh lipas dan tikus
September 17, 2025, 6:01 pm
Lelaki ditahan rosakkan mesin ATM dengan cangkul di Pasir Gudang
September 17, 2025, 5:56 pm
Saksi dakwa Zara Qairina menangis, nafi mencuri sebelum ke tandas
September 17, 2025, 5:49 pm
Tun M hairan ramai berebut jawatan PM walau parti belum tentu menang
September 17, 2025, 5:44 pm
Ucapan tegas Anwar mengenai Palestin di Doha raih perhatian antarabangsa
September 17, 2025, 4:48 pm
Pulau Pinang warta 25 bandar baharu, pinda sempadan 10 bandar sedia ada
September 17, 2025, 4:13 pm
Bot pancung bawa PATI rempuh aset Maritim, dua anggota cedera di perairan Negeri Sembilan
September 17, 2025, 3:42 pm