Berita Berita
Lelaki ditahan rosakkan mesin ATM dengan cangkul di Pasir Gudang

PASIR GUDANG 17 Sept. – Polis menahan seorang lelaki berusia 54 tahun selepas dipercayai bertindak merosakkan mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) menggunakan cangkul di sebuah bank di Taman Bukit Dahlia, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan G Vikra Mathiththan@Victor berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 7.46 pagi oleh seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun. Insiden berdurasi 15 saat itu turut tular di media sosial.
“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek dan merampas cangkul yang digunakan dalam kejadian tersebut. Pemeriksaan lanjut turut menemui syabu seberat kira-kira 0.9 gram,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah dan dadah. Hasil ujian air kencing juga menunjukkan lelaki itu positif methamphetamine.
“Suspek kini direman tiga hari untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.
Dalam masa sama, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham serta kegusaran awam. - Media Telus
Berita berkaitan
September 17, 2025, 5:56 pm
Saksi dakwa Zara Qairina menangis, nafi mencuri sebelum ke tandas
September 17, 2025, 5:49 pm
Tun M hairan ramai berebut jawatan PM walau parti belum tentu menang
September 17, 2025, 5:44 pm
Ucapan tegas Anwar mengenai Palestin di Doha raih perhatian antarabangsa
September 17, 2025, 4:48 pm
Pulau Pinang warta 25 bandar baharu, pinda sempadan 10 bandar sedia ada
September 17, 2025, 4:13 pm
Bot pancung bawa PATI rempuh aset Maritim, dua anggota cedera di perairan Negeri Sembilan
September 17, 2025, 3:42 pm