TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tun M hairan ramai berebut jawatan PM walau parti belum tentu menang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa pelik apabila melihat ramai ahli politik berlumba-lumba menampilkan diri sebagai calon Perdana Menteri, sedangkan peluang parti mereka untuk menang besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) masih jauh daripada pasti.

Bekas Perdana Menteri dua kali itu menegaskan, jawatan tertinggi negara tidak akan dapat digenggam jika parti yang diwakili gagal memperoleh sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen.

“Untuk capai angka itu, parti perlu meletakkan lebih daripada 112 calon. Tetapi realitinya, parti lain juga akan bertanding dan menentang. Mustahil mereka boleh menang semua kerusi itu. Maka tak mungkin calon Perdana Menteri benar-benar jadi Perdana Menteri.

“Tak perlulah berebut-rebut nak jadi calon Perdana Menteri. Lebih baik tumpu pada usaha menyatukan orang Melayu. Hanya melalui perpaduan itulah kemenangan boleh dicapai. Selepas itu barulah pemilihan Perdana Menteri dibuat, dan semua tokoh berbakat boleh menawarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu hadir selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) baru-baru ini menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri menjelang PRU16. - Media Telus

+ - reset