Berita Berita
Restoran terkenal di Jalan Penang diarah tutup, kuku pekerja hitam, kotor, dapur penuh lipas dan tikus

GEORGE TOWN 17 Sept - Sebuah restoran terkenal di Jalan Penang di sini diarahkan tutup 14 hari selepas pemeriksaan pihak berkuasa hari ini mendapati dapurnya dipenuhi lipas dan tikus, selain najis haiwan perosak itu bertaburan di beberapa lokasi.
Pasukan operasi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Timur Laut turut menemui lantai dapur dalam keadaan berlendir dan menjijikkan, manakala kotak penyimpanan rempah ratus menjadi tempat ‘perumah’ puluhan lipas.
Pegawai Operasi Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, M Shashikumaran berkata, sebanyak 20 kesalahan direkodkan termasuk pengendali makanan yang memakai cincin, berkuku hitam serta kotor.
“Makanan diletakkan di atas lantai, tong sampah tidak bertutup berada berhampiran kawasan penyediaan, manakala lantai dapur pecah hingga menakung air. Bahan mentah seperti daging, ayam dan sotong juga tidak disimpan dalam bekas sempurna,” katanya ketika ditemui.
Menurut beliau, beberapa pekerja juga tidak mendapatkan suntikan anti tifoid, manakala stor penyimpanan bahan mentah disusun secara tidak kemas dan kotor.
Ekoran itu, restoran terbabit dikenakan tiga kompaun berjumlah RM3,000 dan ditutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
“Dalam operasi sama, sebuah lagi premis makanan ala Thai turut diarahkan tutup 14 hari dengan dua kompaun bernilai RM2,000 selepas sembilan kesalahan dikesan, termasuk penemuan lipas,” jelasnya.
Sementara itu, pemilik restoran berkenaan mengakui kelemahan pihaknya dan berjanji melakukan kerja pembersihan segera.
“Kali terakhir restoran ini ditutup ialah lima tahun lalu. Seperti sebelum ini, kami akan terus lakukan kerja pembersihan sebaik sahaja menerima notis,” katanya.
Berita berkaitan
September 17, 2025, 10:55 pm
Harga RON95 kekal, RON97 dan diesel naik tiga sen seliter - MOF
September 17, 2025, 6:01 pm
Lelaki ditahan rosakkan mesin ATM dengan cangkul di Pasir Gudang
September 17, 2025, 5:56 pm
Saksi dakwa Zara Qairina menangis, nafi mencuri sebelum ke tandas
September 17, 2025, 5:49 pm
Tun M hairan ramai berebut jawatan PM walau parti belum tentu menang
September 17, 2025, 5:44 pm
Ucapan tegas Anwar mengenai Palestin di Doha raih perhatian antarabangsa
September 17, 2025, 4:48 pm
Pulau Pinang warta 25 bandar baharu, pinda sempadan 10 bandar sedia ada
September 17, 2025, 4:13 pm