Berita Jenayah
Penceramah bebas dipenjara 15 tahun, tiga sebatan rogol remaja 13 tahun dalam kereta di kawasan parkir
KUALA LUMPUR 18 Sept - Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan ke atas penceramah bebas, Fathi Na’im selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, empat tahun lalu.
Hakim Noridah Adam memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan di akhir kes pembelaan.
“Mahkamah berpuas hati selepas mendengar keterangan saksi-saksi dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes berkenaan, maka tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan ketiga-tiga pertuduhan,” katanya ketika prosiding.
Fathi Na’im, 33, atau nama sebenarnya Muhammad Fathi Na’im Mazlam, diperintahkan menjalani hukuman bermula Khamis selepas permohonannya untuk menangguhkan hukuman ditolak mahkamah.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur ‘Ayuni Jamri sebelum itu mencadangkan mahkamah mengenakan hukuman berat mengambil kira kepentingan awam serta peningkatan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman diringankan dengan alasan perlu menanggung tiga isteri serta lapan anak yang masih bersekolah.
Mengikut pertuduhan, kesalahan dilakukan dalam sebuah kereta di kawasan parkir Dataran Eco World, Bandar Baru Puncak Alam.
Bagi satu pertuduhan, dia dituduh melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada Jun 2021 di lokasi sama, mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Bagi dua lagi pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa dalam sebuah kereta di lokasi sama, masing-masing pada awal Julai dan 27 Julai 2021, sekitar jam 3 petang dan 7 petang. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Sepanjang perbicaraan bermula September 2023 hingga Januari lalu, seramai enam saksi termasuk mangsa tampil memberi keterangan di peringkat pendakwaan.
Di peringkat pembelaan, Muhammad Fathi sendiri menjadi satu-satunya saksi dalam prosiding bermula 25 Julai.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
