Berita Berita
Kerajaan ada cara cegah salah guna subsidi petrol, elak isi berulang kali dalam sehari - Amir Hamzah

GEORGE TOWN 23 Sept - Kerajaan akan memperkenalkan mekanisme tambahan bagi mengelakkan penyelewengan subsidi petrol RON95, termasuk menghadkan isian berulang kali dalam tempoh sehari.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, langkah itu penting bagi memastikan subsidi benar-benar dimanfaatkan rakyat yang layak dan bukan pihak lain seperti warga asing atau individu yang mengambil kesempatan.
“Kerajaan akan perkenalkan beberapa mekanisme tambahan di mana kita tidak akan membenarkan mereka yang buat banyak kali penggunaan petrol subsidi dalam sehari, kita akan terangkan mengenainya nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jelajah Mega e-Invois Siri Kedua Tahun 2025 di Menara Hasil di sini hari ini.
Menurut Amir Hamzah, kerajaan mempunyai rekod lengkap penggunaan petrol bersubsidi, termasuk jumlah isian yang dibuat seseorang individu dalam sehari atau sebulan, sekali gus membolehkan pemantauan dilakukan selepas pelaksanaan kelak.
Dalam pada itu, beliau menolak kebimbangan mengenai tahap kesiapsiagaan stesen minyak apabila subsidi bersasar itu mula dikuatkuasakan hujung bulan ini.
“Sebenarnya projek ini sudah lama disiapkan. Kerajaan bersama syarikat minyak telah bekerjasama sejak hujung tahun lalu untuk memastikan semua sistem berjalan lancar,” katanya.
Berita berkaitan
September 23, 2025, 9:44 pm
Lelaki nekad lari dalam lumpur tinggalkan anak kecil elak dicekup AADK di Sungai Petani
September 23, 2025, 6:03 pm
Subsidi RON95: Kerajaan pantau rekod harian, bulanan isian rakyat - Amir Hamzah
September 23, 2025, 5:37 pm
Penduduk setinggan di Jinjang Tambahan lega arahan pengosongan ditangguh
September 23, 2025, 4:39 pm
RON95 hanya untuk rakyat Malaysia, kenderaan milik warga asing kekal dilarang
September 23, 2025, 4:08 pm
Lebih 1 tan ikan mati di Sungai Bekok, najis ladang ayam disyaki punca
September 23, 2025, 3:46 pm
Pelajar IKBN Miri nafi dibuli, dakwa hanya gurauan hari lahir - Polis
September 23, 2025, 3:37 pm