Berita Berita
Mengamuk, tinggi suara pada Ketua Polis Perak, kerani didenda RM500

IPOH 23 Sept - Seorang kerani didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah berkelakuan tidak senonoh dengan meninggikan suara terhadap Ketua Polis Perak dalam satu kejadian pada Mei lalu.
Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan turut memerintahkan tertuduh, Abang Fikri Abang Mohd Tawfik, 37, menjalani hukuman penjara tujuh hari sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada jam 1.30 tengah hari, 26 Mei 2025 di dalam Pejabat Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
Kesalahan itu dituduh di bawah Seksyen 90 Akta Polis yang membawa hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara tidak lebih enam bulan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Nishaalini manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), G. Harbhajan Singh.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh hadir ke IPK Perak untuk berjumpa Ketua Polis Perak bagi mengetahui status kertas siasatan tatatertib yang dibuka terhadapnya pada tahun 2017.
Namun, tertuduh bertindak melulu dengan masuk ke pejabat berkenaan sebelum mengamuk dan meninggikan suara kepada Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin.
Laporan polis dibuat terhadap lelaki itu dan tangkapan dilakukan pada hari sama.
Berita berkaitan
September 23, 2025, 9:44 pm
Lelaki nekad lari dalam lumpur tinggalkan anak kecil elak dicekup AADK di Sungai Petani
September 23, 2025, 6:03 pm
Subsidi RON95: Kerajaan pantau rekod harian, bulanan isian rakyat - Amir Hamzah
September 23, 2025, 5:37 pm
Penduduk setinggan di Jinjang Tambahan lega arahan pengosongan ditangguh
September 23, 2025, 4:39 pm
RON95 hanya untuk rakyat Malaysia, kenderaan milik warga asing kekal dilarang
September 23, 2025, 4:08 pm
Lebih 1 tan ikan mati di Sungai Bekok, najis ladang ayam disyaki punca
September 23, 2025, 3:46 pm
Pelajar IKBN Miri nafi dibuli, dakwa hanya gurauan hari lahir - Polis
September 23, 2025, 2:53 pm