Berita Berita
Subsidi RON95: Kerajaan pantau rekod harian, bulanan isian rakyat - Amir Hamzah

GEORGE TOWN 23 Sept – Kerajaan memberi jaminan pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) bermula hujung bulan ini akan dipantau rapi melalui rekod penggunaan individu bagi mengelakkan ketirisan.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan mempunyai rekod lengkap termasuk jumlah isian harian dan bulanan setiap pengguna, yang boleh divalidasi bersama syarikat e-hailing dan p-hailing.
“Dengan sistem sedia ada, kita mempunyai rekod penggunaan termasuk jumlah isian harian dan bulanan.
“Data ini boleh divalidasi bersama syarikat e-hailing dan p-hailing untuk memastikan mereka benar-benar bekerja dalam bidang tersebut,” katanya ketika sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perasmian Jelajah Mega E-Invois Siri 2/2025 Peringkat Nasional di Menara Hasil Pulau Pinang, hari ini.
Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 akan diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September ini melalui BUDI95.
Beliau menjelaskan langkah itu hanya melibatkan rakyat Malaysia, manakala bukan warganegara perlu membayar pada harga RM2.60 seliter selepas tarikh berkenaan.
Bagaimanapun, bagi pemandu e-hailing, mereka dikecualikan daripada had 300 liter sebulan serta boleh memohon untuk kuota lebih tinggi.
Dalam pada itu, Amir Hamzah berkata kerajaan turut merangka mekanisme tambahan termasuk tidak membenarkan pengisian terlalu kerap dalam sehari.
“Kita ada beberapa mekanisme yang akan perkenalkan.
“Perincian lanjut akan diumumkan sebelum pelaksanaan bermula antara 27 hingga 30 September ini,” jelasnya.
Sebelum ini, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memberi peringatan bahawa pelaksanaan subsidi petrol bersasar melalui BUDI95 masih terdedah kepada risiko ketirisan baharu.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, meskipun kerajaan menetapkan kuota 300 liter sebulan bagi setiap pemegang lesen memandu sah, ruang untuk penyelewengan tetap wujud sekiranya kawalan tidak diperketatkan.
Beliau turut memberi contoh bahawa pemandu e-hailing yang mendapat kemudahan tanpa had juga berisiko menyalahgunakan subsidi tersebut. - Media Telus
Berita berkaitan
September 23, 2025, 9:44 pm
Lelaki nekad lari dalam lumpur tinggalkan anak kecil elak dicekup AADK di Sungai Petani
September 23, 2025, 5:37 pm
Penduduk setinggan di Jinjang Tambahan lega arahan pengosongan ditangguh
September 23, 2025, 4:39 pm
RON95 hanya untuk rakyat Malaysia, kenderaan milik warga asing kekal dilarang
September 23, 2025, 4:08 pm
Lebih 1 tan ikan mati di Sungai Bekok, najis ladang ayam disyaki punca
September 23, 2025, 3:46 pm
Pelajar IKBN Miri nafi dibuli, dakwa hanya gurauan hari lahir - Polis
September 23, 2025, 3:37 pm
Mengamuk, tinggi suara pada Ketua Polis Perak, kerani didenda RM500
September 23, 2025, 2:53 pm