Berita Berita
'Penduduk Kampung Sungai Baru pemilik tanah' - Dr Akmal desak penjelasan layanan dua darjat di Jinjang Selatan Tambahan

KUALA LUMPUR 23 Sept – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mempersoalkan tindakan berbeza pihak berkuasa terhadap isu pengusiran penduduk Kampung Sungai Baru dan Jinjang Selatan Tambahan.
Beliau berkata, keadaan itu menimbulkan persoalan kerana rumah penduduk Kampung Sungai Baru yang dibina di atas tanah milik sendiri dirobohkan, manakala premis yang didakwa dibina atas tanah sewaan di Jinjang Selatan Tambahan pula tidak dikenakan tindakan walaupun diarahkan berpindah oleh mahkamah.
"Kampung Sungai Baru penduduk tuan tanah, sedangkan di Jinjang Selatan Tambahan hanyalah dikatakan 'menyewa' tanah tersebut.
"Kenapa ada dua tindakan yang berbeza daripada pihak penguasa? Seolah-olah ada tindakan dua darjat. Saya desak pihak berkuasa untuk menjawab persoalan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Sebelum ini, media melaporkan penduduk, peniaga dan pengusaha kilang di Jinjang Selatan Tambahan menarik nafas lega apabila tiada tindakan meroboh premis mereka dijalankan buat masa ini walaupun notis pengosongan telah dikeluarkan.
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, menjelaskan keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan beberapa agensi kerajaan berkaitan isu berkenaan.
Terdahulu, media melaporkan seramai 38 peniaga di kawasan tersebut tidak berpuas hati selepas mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis pengusiran paksa.
Setiausaha Gabungan Persatuan Isu Pampasan dan Perumahan Jinjang Selatan Tambahan, Ameer Khan Bargathalli berkata, mereka juga kecewa kerana hanya ditawarkan pampasan kira-kira RM5,000. - Media Telus
Berita berkaitan
September 23, 2025, 9:44 pm
Lelaki nekad lari dalam lumpur tinggalkan anak kecil elak dicekup AADK di Sungai Petani
September 23, 2025, 6:03 pm
Subsidi RON95: Kerajaan pantau rekod harian, bulanan isian rakyat - Amir Hamzah
September 23, 2025, 5:37 pm
Penduduk setinggan di Jinjang Tambahan lega arahan pengosongan ditangguh
September 23, 2025, 4:39 pm
RON95 hanya untuk rakyat Malaysia, kenderaan milik warga asing kekal dilarang
September 23, 2025, 4:08 pm
Lebih 1 tan ikan mati di Sungai Bekok, najis ladang ayam disyaki punca
September 23, 2025, 3:46 pm
Pelajar IKBN Miri nafi dibuli, dakwa hanya gurauan hari lahir - Polis
September 23, 2025, 3:37 pm
Mengamuk, tinggi suara pada Ketua Polis Perak, kerani didenda RM500
September 23, 2025, 2:53 pm