Berita Berita
Tukang paip didakwa tumbuk isteri gara-gara enggan tolong angkut barang ketika kereta rosak tepi jalan

MUAR 24 Sept - Seorang tukang paip dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk isterinya sehingga cedera selepas wanita itu didakwa enggan membantu memunggah barang ketika kenderaan mereka rosak.
Tertuduh, Lim Cheong Kait, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Karsan.
Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang juga berusia 51 tahun di tepi jalan berhampiran simpang Taman Bukit Kepong Jaya, pada jam 5.30 petang, 21 September lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya. Bagi kesalahan di bawah Seksyen 326A, hukuman boleh menjadi dua kali ganda tempoh maksimum.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yasmin Mohd Piah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon tarikh baharu untuk sebutan semula kes selain menawarkan jaminan RM10,000.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 20 Oktober ini untuk serahan dokumen, lantikan peguam, serta menawarkan ikat jamin sebanyak RM6,000 yang telah dibayar oleh tertuduh.
Berita berkaitan
September 24, 2025, 11:12 pm
Mudahkan warga Indonesia masuk, 12 termasuk 7 pegawai penguat kuasa direman terbabit ‘counter setting’ di Johor
September 24, 2025, 11:06 pm
Itali turunkan kapal tempur tentera bantu Flotila Global Sumud selepas diserang dron
September 24, 2025, 10:48 pm
Rakyat Malaysia, K Datchinamurthy jalani hukuman gantung di Singapura esok
September 24, 2025, 10:41 pm
Zahid akan hubungi 34 rakyat Malaysia sertai misi flotilla ke Gaza esok
September 24, 2025, 7:00 pm
Papagomo diperintah bela diri kes hasutan babit Agong
September 24, 2025, 5:05 pm
Hati-hati, MetMalaysia keluar amaran hujan lebat, ribut petir di 9 negeri malam ini
September 24, 2025, 3:00 pm
Rakyat Malaysia di Hong Kong, Macao diingatkan berjaga-jaga susulan Taufan Super Ragasa
September 24, 2025, 2:55 pm
SPRM cadang rehatkan TPR AGC ditahan kes dadah
September 24, 2025, 2:52 pm