TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mudahkan warga Indonesia masuk, 12 termasuk 7 pegawai penguat kuasa direman terbabit ‘counter setting’ di Johor

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 24 Sept – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan reman 12 individu termasuk tujuh pegawai penguat kuasa kerana dipercayai terbabit dalam sindiket ‘counter setting’ bagi memudahkan kemasukan warga Indonesia ke negara ini.

Tangkapan itu dilakukan menerusi Op Setting dengan kerjasama Bahagian Perisikan SPRM di sekitar Johor dan Pulau Pinang, semalam.

Menurut sumber, kesemua suspek terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 50-an, yang berkhidmat di Pusat Pemeriksaan Pintu Keluar Masuk Laut Terminal Feri Pasir Gudang, Muar dan Melaka.

“Siasatan awal mendapati pegawai terbabit dipercayai menerima rasuah lebih RM490,000 daripada ejen serta ‘runner’ yang turut ditahan. Mereka dipercayai terlibat dalam sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi ‘counter setting’ sejak 2024 hingga awal 2025,” katanya.

Susulan itu, SPRM merampas wang tunai kira-kira RM50,000, mata wang asing IDR71,000,000 (bersamaan RM17,918), selain menyita sebuah Toyota Vellfire bernilai RM115,000 dan motosikal Italjet Dragster bernilai RM30,000.

SPRM turut membekukan 25 akaun bank milik 13 individu dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.2 juta.

Pengarah SPRM Johor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, dua daripada suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala Majistret Suhaili Sapunmembenarkan dua suspek direman enam hari hingga 29 September, manakala 10 lagi suspek direman lima hari sehingga 28 September.

+ - reset