TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Hati-hati, MetMalaysia keluar amaran hujan lebat, ribut petir di 9 negeri malam ini

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 24 Sept – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan hujan lebat, ribut petir serta angin kencang di sembilan negeri sehingga jam 7 malam.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran itu membabitkan seluruh Pulau Pinang serta beberapa daerah di Kedah iaitu Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak serta Batang Padang.

Cuaca buruk turut dijangka melanda Kelantan (Jeli), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron) dan seluruh Negeri Sembilan.

Selain itu, beberapa kawasan lain turut diberi amaran termasuk Segamat dan Mersing di Johor, serta di Sarawak membabitkan daerah Sibu (Selangau) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh).

MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya berwaspada, mengutamakan keselamatan serta merujuk kemas kini amaran cuaca dari semasa ke semasa. 

 

+ - reset