Berita Berita
Zahid akan hubungi 34 rakyat Malaysia sertai misi flotilla ke Gaza esok

PUTRAJAYA 24 Sept - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menghubungi semua 34 rakyat Malaysia yang terbabit dalam pelayaran misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) esok.
Beliau berkata, kumpulan itu yang menyertai aktivis daripada 44 negara lain kini berada kira-kira 750 batu nautika dari Gaza, meskipun berdepan serangan dron malam tadi.
“Mereka memang sudah bersedia menghadapi perkara itu dan kita harap mereka cekal menghadapi apa juga ancaman daripada pihak Israel,” katanya selepas melancarkan Majlis Peluncuran IkonDesa di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Sebelum ini, media melaporkan flotila berkenaan berdepan cubaan intimidasi dan gangguan ketika berada di perairan Greece menuju ke Gaza. Menurut Laporan Situasi (SITREP) dikeluarkan Sumud Nusantara Command Center – MAPIM Central, kumpulan itu turut berdepan sekatan komunikasi serta letupan yang berlaku sekitar jam 1 pagi waktu tempatan.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata beliau yakin kumpulan terbabit akan kekal cekal meneruskan misi berkenaan.
“Niat yang baik akan menghasilkan sesuatu yang baik,” katanya.
Berita berkaitan
September 24, 2025, 11:12 pm
Mudahkan warga Indonesia masuk, 12 termasuk 7 pegawai penguat kuasa direman terbabit ‘counter setting’ di Johor
September 24, 2025, 11:06 pm
Itali turunkan kapal tempur tentera bantu Flotila Global Sumud selepas diserang dron
September 24, 2025, 10:48 pm
Rakyat Malaysia, K Datchinamurthy jalani hukuman gantung di Singapura esok
September 24, 2025, 7:00 pm
Papagomo diperintah bela diri kes hasutan babit Agong
September 24, 2025, 5:05 pm
Hati-hati, MetMalaysia keluar amaran hujan lebat, ribut petir di 9 negeri malam ini
September 24, 2025, 3:00 pm
Rakyat Malaysia di Hong Kong, Macao diingatkan berjaga-jaga susulan Taufan Super Ragasa
September 24, 2025, 2:55 pm
SPRM cadang rehatkan TPR AGC ditahan kes dadah
September 24, 2025, 2:54 pm
Tukang paip didakwa tumbuk isteri gara-gara enggan tolong angkut barang ketika kereta rosak tepi jalan
September 24, 2025, 2:52 pm