TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Perolehan aset pertahanan mesti telus dan ikut keutamaan – Anwar

By
|
Kongsi
image

SANDAKAN 27 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan proses perolehan aset pertahanan negara perlu dilaksanakan secara telus, bijak serta mengikut keutamaan dan keperluan sebenar.

Beliau berkata, penentuan aset yang diperlukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh diputuskan oleh ejen, syarikat luar atau pengaruh politik, sebaliknya mesti berasaskan kepakaran serta keperluan semasa pasukan keselamatan negara.

“Sistem perolehan ini mesti diperbetulkan. Bukan saya yang menentukan apa yang perlu dibeli, itu bidang kepakaran ATM. Namun, keutamaan perolehan mesti berdasarkan keperluan dan kepakaran, bukan ditentukan ejen, syarikat luar atau orang politik,” katanya.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, pendekatan tidak berasaskan keperluan dan kepakaran sebelum ini telah menimbulkan pelbagai masalah, termasuk skandal perolehan kapal serta kelewatan projek pembinaan.

Katanya, Kementerian Pertahanan menerima peruntukan tertinggi tahun ini, justeru semua pihak perlu memastikan perbelanjaan dibuat dengan telus, berhemah dan penuh tanggungjawab kerana ia melibatkan wang rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sarapan Mesra Wira Samudera di Markas Wilayah Laut 2, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, hari ini. - Media Telus

+ - reset