Berita Berita
Wang tunai RM169 juta milik Ismail Sabri dilucut hak kepada kerajaan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan wang tunai melebihi RM169 juta yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, secara rasmi dilucut hak dan diserahkan kepada Kerajaan Malaysia.
Jumlah itu meliputi pelbagai mata wang antarabangsa, antaranya RM14.77 juta, SG$6.13 juta, AS$1.46 juta, CHF3 juta, EUR12.16 juta, JPY363 juta, GBP50,250, NZ$44,600, AED34.75 juta dan AUD352,850.
Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, berikutan tiada pihak ketiga hadir mencabar prosiding pelucuthakan tersebut.
Sebelum ini, pada prosiding 8 September lalu, mahkamah dimaklumkan bahawa Ismail Sabri dan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus, yang dinamakan sebagai responden, tidak berhasrat mencabar permohonan pendakwaan.
Mahkamah kemudian memutuskan wang itu dilucut hak mengikut Seksyen 41(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas notis Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan pada 22 September lalu tidak menerima sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.
Menurut SPRM, wang berkenaan disita daripada Mohammad Anuar, dipercayai milik Ismail Sabri dan berkait dengan kegagalan mematuhi notis isytihar harta di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009.
Sebelum ini, SPRM turut mendedahkan wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta bersama 16 kilogram jongkong emas bernilai hampir RM7 juta ditemui dalam beberapa premis termasuk sebuah “safe house” yang dikaitkan dengan Ismail Sabri.
Berita berkaitan
April 21, 2026, 9:26 pm
Melaka sah laksana PRN tahun ini, tiada asas untuk tangguh - Ab Rauf
April 21, 2026, 7:54 pm
Timbalan Pengerusi NGO antara tiga ditahan disyaki seleweng dana zakat RM230 juta
April 21, 2026, 4:05 pm
Insiden kekasaran di Kulim: Anggota polis ditukarkan ke bahagian pentadbiran
April 21, 2026, 4:01 pm
Pandu mabuk dan langgar lampu merah, wanita dipenjara sehari, denda RM13,000
April 21, 2026, 3:56 pm
Warga emas maut dirempuh lori ketika lintas jalan di Dengkil
April 21, 2026, 3:51 pm
KDN teliti isu dokumen mangsa kebakaran Sandakan, utamakan warganegara
April 21, 2026, 3:46 pm
Anwar bakal umum langkah tambahan bantu siswazah menganggur
April 21, 2026, 2:20 pm
