Berita Dunia
Greta Thunberg selamat tiba di Greece selepas dibebaskan dari tahanan Israel
ATHENS 7 Okt - Aktivis alam sekitar terkenal dari Sweden, Greta Thunberg, selamat tiba di Greece bersama 160 lagi sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) selepas dibebaskan daripada tahanan rejim Israel.
Menurut laporan Al Jazeera, Kementerian Luar Israel memaklumkan bahawa seramai 341 aktivis flotilla telah dibawa keluar dari negara itu selepas ditahan minggu lalu ketika mereka cuba membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Dalam kenyataan berasingan, Kementerian Luar Greece mengesahkan bahawa 161 aktivis tiba di Athens semalam melalui penerbangan khas.
“Saya nak tegaskan, memang berlaku genosid (pembunuhan beramai-ramai),” tegas Thunberg sebaik tiba di Athens, merujuk kepada tindakan ketenteraan rejim zionis di Gaza.
Beliau turut menegaskan bahawa sistem antarabangsa telah mengkhianati rakyat Palestin dan gagal menghalang jenayah perang yang sedang berlaku di wilayah itu.
“Apa yang kami cuba lakukan dengan Global Sumud Flotilla adalah untuk bangkit ketika dunia gagal melaksanakan tanggungjawab undang-undang mereka,” katanya lagi.
Thunberg, 22, turut mendakwa bahawa beliau didera oleh pasukan keselamatan Israel ketika dalam tahanan.
Seorang wartawan Turkiye dan peserta flotilla, Ersin Celik, sebelum ini memberitahu media tempatan bahawa Thunberg telah ‘diseret di atas tanah’ dan ‘dipaksa mencium bendera Israel’ ketika dalam tahanan.
Turut tiba di Athens ialah Rima Hassan, Ahli Parlimen Eropah berketurunan Palestin-Perancis, yang mendakwa dirinya dipukul oleh dua anggota polis Israel selepas flotilla itu dipintas di perairan antarabangsa.
“Saya dipukul oleh dua orang polis ketika mereka memasukkan saya ke dalam van,” katanya kepada AFP.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 10:47 am
Iran umum Selat Hormuz ditutup sepenuhnya selepas serangan baharu AS
June 10, 2026, 9:44 pm
Kontraktor Colombia didakwa terlibat sokong RSF dalam konflik Sudan - HRW
June 10, 2026, 6:26 pm
Harga runcit petrol RON95, diesel tanpa subsidi dikekalkan bagi tempoh 11 hingga 17 Jun 2026
June 5, 2026, 2:48 pm
Brunei rombak kabinet, Putera Abdul Mateen dilantik Menteri Hal Ehwal Luar
June 4, 2026, 8:56 am
Korban wabak campak di Bangladesh cecah 601 nyawa, lebih 83,000 kes direkodkan
May 18, 2026, 5:19 pm
