TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Wanita 22 tahun maut terjatuh dari tingkat tiga selepas tergelincir atas ‘treadmill’

By
|
Kongsi
image

INDONESIA 19 NOVEMBER - Sesi riadah harian di sebuah pusat kecergasan bertukar menjadi tragedi menyayat hati apabila seorang gadis berusia 22 tahun meninggal dunia selepas hilang imbangan ketika berlari di atas mesin lari lalu tercampak keluar menerusi tingkap tingkat tiga.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular memperlihatkan mangsa berdepan detik cemas apabila langkahnya tiba-tiba hilang kawalan sewaktu menggunakan peralatan senaman berkenaan yang kedudukannya terlalu hampir dengan bukaan kaca tersebut.

Meskipun cuba berpaut pada bingkai jendela demi menyelamatkan diri, tubuhnya gagal bertahan lalu meluncur jatuh ke bawah.

Akibat hempasan kuat itu, wanita malang itu mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran.

Namun, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan lanjut di pusat perubatan berkenaan.

Kejadian memilukan ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat mengenai aspek keselamatan premis sukan serta penyusunan perkakas latihan.

Ramai pihak mempersoalkan kewajaran meletakkan alat kecergasan berisiko tinggi bersebelahan dinding kaca terbuka tanpa penghadang kukuh.

"Kedudukan mesin lari yang rapat dengan tingkap terbuka memang mengundang bahaya kerana ruang pendaratan jika tergelincir sangat sempit dan tiada ciri perlindungan tambahan," kata seorang pengguna media sosial 

Susulan peristiwa itu, orang ramai mendesak pengusaha gimnasium supaya melakukan audit menyeluruh terhadap susun atur ruang latihan serta memasang jaring atau jeriji keselamatan.

Langkah pencegahan tegas perlu diambil segera agar tiada lagi nyawa terkorban akibat kecuaian reka bentuk premis kecergasan.

+ - reset