Berita Berita
Budak mati dipercayai akibat Influenza A, KPKW masih tunggu pengesahan Jabatan Kesihatan
KUCHING, 11 Oktober – Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) menegaskan sebarang tindakan berkaitan penularan Influenza A di sebuah prasekolah di Sadong Jaya hanya akan dibuat selepas menerima laporan rasmi dan pengesahan daripada Jabatan Kesihatan.
Menterinya, Datuk Sri Fatimah Abdullah, berkata setakat ini kementerian belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung kejadian tersebut dan akan menunggu hasil siasatan menyeluruh pihak berkuasa kesihatan sebelum mengeluarkan arahan lanjut.
“Saya perlu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Kesihatan terlebih dahulu. Jika kes disahkan, mereka akan memaklumkan kepada kami dan tindakan akan diambil berdasarkan laporan rasmi.
Semua keputusan perlu dibuat berasaskan maklumat yang disahkan oleh Jabatan Kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Senior Citizen Health Benefit anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), pada Khamis.
Fatimah menjelaskan, sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengurusan prasekolah, KPWK mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas bagi menangani kes-kes berjangkit di institusi pendidikan awal kanak-kanak.
Beliau memberi jaminan bahawa langkah-langkah sewajarnya termasuk penutupan sementara prasekolah akan dipertimbangkan sekiranya kes disahkan, sebagaimana pendekatan yang pernah dilaksanakan semasa pandemik Covid-19dan penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sebelum ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Maklumat dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, mengesahkan bahawa Majlis Keselamatan Negeri (MKN) serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah dimaklumkan mengenai situasi berkenaan.
“Saya difahamkan beberapa agensi termasuk Jabatan Kesihatan sedang menjalankan siasatan. Pada peringkat ini, kita belum dapat mengesahkan sama ada penularan berpunca dari prasekolah di Sadong Jaya atau tempat lain kerana perkara ini masih dalam siasatan.
Bagaimanapun, saya yakin perkara ini sedang diberi perhatian serius,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran Facebook mendakwa seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahunmeninggal dunia akibat jangkitan Influenza A (H1N1).
Dalam hantaran itu, individu dipercayai waris mangsa meluahkan rasa sedih atas pemergian anaknya serta berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan sebelum anak kecil itu meninggal dunia.
Antara petikan dalam hantaran tersebut berbunyi:
“Kami, waris dengan rendah hati ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesembuhan anak kami. Semoga doa itu berbalik kepada kalian semua. Namun, kita hanya mampu merancang, ketentuan ALLAH adalah mutlak.
Pemergian anak kami disebabkan Influenza A H1N1 yang berlaku dalam masa yang singkat. Belum sempat menemui penawar, kami kehilangan cahaya mata yang tersayang. Namun itu hanyalah asbab, kerana semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz.
Terima kasih Ya ALLAH kerana meminjamkan ‘Adek’ untuk kami sekeluarga walaupun seketika. Pemergiannya meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa, kepahitan yang terpaksa kami telan. Belum puas kami bermain dengannya, tetapi kami reda, Ya ALLAH.
Ya ALLAH, tenangkanlah hati kami yang rindu pada anak syurga ini, dan lapangkanlah dada kami untuk menerima hakikat yang telah Engkau tetapkan.
Pinjaman ALLAH yang terindah... Ayah, ibu, abang Eiman, mbah, dan nenek semuanya sayang Adek.”
Kementerian Kesihatan dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas siasatan dan pengesahan makmal selesai dijalankan bagi menentukan punca sebenar kejadian tersebut.
Berita berkaitan
November 3, 2025, 8:49 pm
Anwar kongsi detik manis bersama cucu, maklum semakin pulih
November 3, 2025, 8:34 pm
Enam kereta rosak dihempap runtuhan batu di Taman Bukit Permai, Ampang Jaya
November 3, 2025, 8:26 pm
Ibu Zayn Rayyan fail rayuan terhadap sabitan, hukuman penjara 5 tahun
November 3, 2025, 8:26 pm
Jumlah pekerja asing menurun kepada bawah 300,000 – Johari
November 3, 2025, 8:16 pm
Prasarana nafi video tular tren laluan Ampang terbakar
November 3, 2025, 5:31 pm
'ECRL bukan projek gajah putih, Malaysia terima 80 peratus keuntungan' - Loke
November 3, 2025, 4:47 pm
'Warzone tak pernah ganggu hidup awak' - Yusof Azmi balas teguran Johan Ghazali
November 3, 2025, 4:25 pm
GRS dijangka umum senarai calon PRN Sabah pada 11 atau 12 November
November 3, 2025, 4:20 pm
Fahmi: 1,456 kandungan jelik libatkan kanak-kanak berjaya diturunkan sejak 2022
November 3, 2025, 4:15 pm
