Berita Berita
Empat anggota polis positif dadah ditahan di pusat hiburan di Kuantan

KUANTAN 12 Okt - Empat anggota polis termasuk seorang wanita ditahan selepas dikesan positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi semalam.
Menurut sumber, operasi berkenaan dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Amansekitar jam 2.30 pagi.
Difahamkan, keempat-empat individu terbabit terdiri daripada dua pegawai dan dua anggota yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Pahang berada dalam satu bilik karaoke di premis terbabit ketika serbuan dilakukan.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap empat anggota berusia antara 30 hingga 40 tahun itu.
“Ujian awal terhadap semua mereka didapati positif dadah. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya kepada NST hari ini.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.
Yahaya turut memaklumkan bahawa tiada sebarang dadah ditemui di premis berkenaan semasa serbuan dijalankan.
Kesemua empat individu tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas kenyataan mereka diambil di IPD Kuantan.
Berita berkaitan
October 12, 2025, 11:17 pm
'Di mana maruah dan keadilan untuk mangsa?' - Pemuda Pas kecam keputusan benar suspek rogol ambil SPM
October 12, 2025, 5:00 pm
Pinjaman PTPTN pelajar dari keluarga miskin akan ditukar kepada biasiswa tahun depan
October 12, 2025, 4:14 pm
Empat pelajar disyaki rogol pelajar Tingkatan 3 dibenar ambil SPM – Fadhlina
October 12, 2025, 1:26 pm
Tular video suspek cabut lari, polis siasat kejadian curi kabel di Kota Tinggi
October 12, 2025, 1:02 pm
Pensyarah UiTM ditemui lemas di kolam renang resort di Kemaman
October 12, 2025, 12:53 pm
JPJ bongkar taktik 'prebet sapu' tukar cat kenderaan jadi van pelancong di Kuala Lumpur
October 12, 2025, 10:04 am
Influenza: 34 MRSM laksana PDPR, lebih 2,700 pelajar dijangkiti - Asyraf Wajdi
October 12, 2025, 9:53 am