Berita Berita
Tular video suspek cabut lari, polis siasat kejadian curi kabel di Kota Tinggi

KOTA TINGGI 12 Okt - Polis Daerah Kota Tinggi menjalankan siasatan berhubung kejadian curi kabel di Jalan Semanggar di sini, selepas tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang individu melarikan diri dipercayai bagi mengelak daripada ditangkap orang awam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, video berkenaan dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook ‘This Is Johor’ pada Sabtu dan menarik perhatian ramai pengguna media sosial.
“Pihak polis menerima laporan daripada seorang wanita Melayu berhubung kejadian khianat terhadap harta benda awam tersebut kira-kira jam 6.38 petang, Sabtu.
Susulan laporan tersebut, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai melibatkan tindakan seorang lelaki yang disyaki mencuri kabel di kawasan berkenaan sebelum perbuatannya disedari orang awam.
Polis kini sedang mengesan individu terlibat dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Than Jia Jun di talian 016-9195285atau mana-mana balai polis berhampiran.
“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat melalui talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di nombor 07-8831222 bagi membantu siasatan,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.
Dalam masa sama, polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu bagi mengelakkan kekeliruan serta tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.
Berita berkaitan
October 12, 2025, 1:02 pm
Pensyarah UiTM ditemui lemas di kolam renang resort di Kemaman
October 12, 2025, 12:53 pm
JPJ bongkar taktik 'prebet sapu' tukar cat kenderaan jadi van pelancong di Kuala Lumpur
October 12, 2025, 10:04 am
Influenza: 34 MRSM laksana PDPR, lebih 2,700 pelajar dijangkiti - Asyraf Wajdi
October 12, 2025, 9:53 am
Pegawai bank pun tertipu, rugi RM6.65 juta terpedaya pelaburan saham palsu online
October 12, 2025, 8:35 am
Kerajaan salur RM34.81 juta baik pulih 137 pondok, tahfiz seluruh negara
October 11, 2025, 7:23 pm
Saifuddin bakal jadi pengiring Donald Trump pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
October 11, 2025, 6:56 pm
Peruntukan RM66.2 bilion bukti komitmen kerajaan angkat martabat pendidikan – Fadhlina
October 11, 2025, 6:02 pm